13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang
nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan
mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al
Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat
Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya
penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim
No.4921)
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah
pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia
mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari
kiamat...